10 petanda yang dia adalah jodoh kita :D

heyy haii ! neh farhan nak share sikit tentang 10 petanda yang dia adalah jodoh kita :D nakk tawu kan ? haha . jom terjah :pp
1 . bersahaja : kekasih kita tuh bersikap bersahaja dan tidak berlakon . cuba kau orang perhatikan cara dia berpakaian , cara percakapan , cara ketawa , cara makan dan minum . adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun nampak pelik .. if dia kurang selesa dengan gaya dia , dah sah sah dia memang berlakon . kadang kadang kan .. kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon . tapi , bila dia tampil dengan bersahaja dan tidak buat buat .. maka dialah calon hidup kita yang sesuai . jika tidak , mungkin dia bukan jodoh kita kodd :D hehe .
2. senang bersama even kita selalu bersama yang tersayang ... ( cehh ! ) tidak ada sedikit pon rasa bosan , jemu ataupun tertekan pada diri kita . semakin hari , semakin sayang kepadanya . kita sentiasa tenang dan gembira and dia menjadi pengubat kedukaan kita . dia jua merasainya :D rasa senang sekali bila bersama . apa bila berjauhan , terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya . tidak kira siang atau pon malam ... ketiadaannya terasa sedikit kehilangan .
3. terima kita seadanya apapun kisah silam yang pernah kita lakukan , dia tidak ambil peduli . mungkin dia tahu yang perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan . dia juga tidak ambil kisah siapa kita sebelum ini . yang penting , siapa kita sekarang . biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya , dia tidak ambil hati langsung . yang dia tahu , kita adalah miliknya kini . dia juga sedia berkongsi kisah silamnya . tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidop kita . ;)
4. sentiasa jujur dia takk kesah apa yang kita lakukan asal tak menyalahi hukum agama . sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita . kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan ye yunk ! kita dapat mngesyaki sesuatu apabila dia menipu kita . selagi kejujuran bertakhta di hatinya , kebahagiaan akan menjadi milik kita . apabila berjauhan , kejujuran akan menjadi faktor paling penting dalam setiap perhubungan . apabila dia tidak jujur , sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita . pa bila dia jujur , semakin hangat lagi hubungan cinta kita . kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati . jadi , dialah sebaik baik pilihan !
5. percaya mempercayai yunk , setiap orang mempunyai rahsia tersendiri kan ? hehe . adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung . apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih , adakah rahsia kita selamat di tangan nya ? bagi mereka yang berjodoh , sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dalam hati nurani mereka :D mereka rasa selamat pabila memberitahu rahsia rahsia nya kepada kekasih berbanding kawan kawan yang lain . satu lagi , kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selama :)) bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran . bahagialah individu yang memperoleh kedua duanya :D hohoho
6. Senang bekerjasama bagi kita yang inginkan hubungan cinta yang berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang , kita dan dia perlu saling bekerjasam melalui hidup ini . kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar . segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing masing . perkara yang paling penting , kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama . kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama . ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan . jika tiada kerjasama , sukar bagi kita hidup bersamanya . ini kerana , kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus . bukankah ini menyusahkan ? so , fikir fikir la yunk :D
7. memahami diri kitabagi pasangan yang berjodoh , dia mestilah memahami diri pasangannya . semasa kita sakit dia bawa ke klinik . semasa kita berduka , dia menjadi penghibur . pabila kita mengalami kesusahan . dia menjadi pembantu . dia kala kita sedang berleter , dia menjadi pendengar . dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi . tidak kira kita sedang happy atau pon tengah sedih , dia sentiasa ada untuk kita . dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan . kata orang tua tua ' lidah sendiri lagikan tergigit , inikan pulak suami dan isteri ' pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih . apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka . di saat senang atau pun susah . dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita .
8. tampilkan kelemahan tiada siapa yang sempurna di dunia neh kan yunk ? tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut . pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu . bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita . dia tidak menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita . sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya . malah , dia tidak tidak segan mempamerkan kenburukannya kepada kita . misalnya , pabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari , dia tidak menghalang kita daripada melawatnya . pabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing masing . memang ditakdirkan kita hidup bersamanya :D
9. kata hatidengarlah kata hati . kadangkala , manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya . dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing masing . kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu . pabila kita yakin dengan pilihan hidup kita , tanyalah sekali lagi . adakah dia di takdirkan untuk kita ? dengarlah kata hati dan buatlah pilihan . serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa .
10 . solat istikharah dan tawakaljodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT yunk . manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa . adakalanya , dalam memain kan peranan sebagai pelakon , diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati . mimpi memang mainan tidur , tapi pabila kita melakukan solat istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk , insyaAllah dengan izinnya kita mendapat petunjuknya . jika dia pilihan kita , buatlah keputusan sebaiknya . jika tidak , tolaklah dia dengan baik . semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia . setelah semuanya diusahakan , berserahlah kepadanya dan terus berdoa . ingatlah , nikmat di dunia neh hanya sementara yunk . nikmat di akhirat adalah kekal selama lamanya :D
( dah baca kan ? macam ? boleh membantu tak ? hohoho . papa pon .. ingt Allah ye sayang . serahkan semuanya pada Dia . insyaAllah kau orang jumpa jugak dengan jodoh kau orang :D )
No comments:
Post a Comment